Assalamualaikum kepada semua pembaca...
Buat pertama kalinya saya muncul dengan ketukan keyboard dan minda yang tak seberapa ini.
Keindahan Doha adalah tajuk pertama untuk di tonjolkan kepada warga Malaysia yang mungkin tidak pernah dengar tentang negara yang bernama Qatar Ad-Dawhah sebesar negeri Kelantan Darul Naim. Mungkin ada juga pembaca yang bakal, gagal atau pernah berhajat utk datang kemari mencari rezeki tetapi tidak kesampaian.
Qatar adalah sebuah negara islam yang termasuk didalam 'Gulf Country Committee'. Lebih kurang gitulah bunyinya. Dari utara hingga ke selatan just hanya 2.5 jam masa memandu, dah pun discover sebuah negara. Kecil kan ?
Memula sampai di Qatar ni dulu musim panas. Bila seorang peramugari membuka pintu kapal terbang tu (biasa la wat perangai org Malaysia suka berebut nak p dulu), terasa Ya Allah, inikah negara tempat yang akan aku cari rezeki. Jika ia, maka kau rahmatilah aku dengan penuh kekuatan. Bila nampak jer orang pegang nama saya kat bawah tangga tu (hehhe....ada lagi international airport yang kena turun tangga jalan kaki), rasa bangga la sekejap tapi panasnya Ya Allah 40degree celcius. Memang inilah dugaan Allah yang pertama (dok ingat dalam hati ler nih) setelah mendarat di bumi bertuah ini.
Settle semua urusan, terus ke hotel tanpa sebarang pemeriksaan kastam. Ingatkan hebat sangatlah tapi, agent dah buat semuanya. Patutpun...
Menginap di hotel 3 bintang selama 2 minggu disamping menyelesakan segala dokumen pekerjaan dan juga identiti diri. Actually mudah nak deal dengan Pak arab nih, just kita kena tahu perangai dia jer. Roburst !
Alhamdulillah di tempatkan ke Apartment Al-Merqab-2 (sila klik MM2C.blogspot.com )yang fully furniture.
Setelah setahun disini, alhamdulillah aku dapat mendalami beberapa jenis perangai orang yang tidak pernah sama sekali termimpi untuk berjumpa.
Keindahan Doha banyak mengajar erti bersyukur kepada Allah maha pencipta yang maha adil menjadikan sesuatu tempat itu bersama isinya.
Nanti kita sambung lagi yek ! dah azan nih....wassalam