Setelah semua ahli keluarga bersiap sedia, kami bergerak menaiki kereta (waktu tu baru beli la...nanti kita cita bab keta lak ek...menarik tu.sabor!) menuju ke Doha Zoo yg hanya kurang 10KM dari rumah kami. Anak-anak punyalah suka nih. Pendek kata kalau berkeluarga di Qatar nih bukan hanya kena release tension pasal kerja, tapi tention anak-anak n isteri juga mau jaga tau!
Sesampainya kami di pintu masuk Zoo, bayaran dikenakan kalau tak silap adult QAR16, kids QAR8. Bila dah start masuk dalam tu, pergh!!! bau najis binatang sempoi dok ada.. mungkin musim panas baru nak habis kot. Macam tak percaya pulak haritu kami ke Zoo yang penuh dengan pokok-pokok hijau yg sihat. Terasa macam berada di kg sendiri pula.
Kebanyakan haiwan yang ada di dalam Zoo ini diimport dari memana ntah seluruh dunia seperti Zirafah, Badak air, Gajah, Itik, ayam, burung, monkey,tenuk@tapir,harimau kumbang, ikan, kuda belang dan banyak lagilah. Tetapi haiwan yang paling banyak dan istimewa ialah Oryx (muka iras-iras rusa, tapi badan macam kambing-tokwan depa kacuk dulu kot. Perasan tak dalam gambar diatas tulisan Doha Zoo. Itulah dia!).
Oryx ialah maskot kepada negera Qatar Ad-Dawhah ni. Memang cantik dah tak pernah lihat sebelum ini walaupun kat dalam TV kecualilah sesiapa yg tonton 'Asia Games 2006'.
Keluasannya lebih kurang 4KM persegi. Tak la besar sangat tapi dengan ramainya haiwan di dalam tu rasanya perlu di perluaskan lagi. Kafeteria, kedai runcit dan juga souveniour shop juga disediakan dengan harga yang berpatutan. Sedikit permainan untuk kids seperti keretapi mengelilingi kawasan Zoo, dan juga ala-ala fun fair di sediakan (Masa pergi tu, tengok tayar keretapi semuanya dah pancit). Lagipun baru lepas musim panas jadi semuanya masih tersadai. Masa yang kami peruntukan utk berjalan-jalan, ambi gambar, toilet (bersih), pekena ice-cream dan gularambut lebih kurang dalam 2 jam dah pun selesai.
Pengalaman yang indah lagi best itu, bila dapat pergi dengan keluarga tercinta. Jika diingatkan kembali trip tu, baru lah teringat 'Zoo Negara' kat Malaysia yg penuh dengan kehijauan flora dan fauna di hujani suara ungas-ungas dan manusia(visitor over acting).
Masa tu ingat lagi kalau tak silap darjah 5, naik bas rombongan Sek. Ren. Keb. Putra, Perlis. Baru jer habis Peperiksaan penilian darjah 5. (tengah tunggu result periksa la konon) Yang bestnya bermalam disebuah sekolah (tak ingat nama tapi kat KL), tidur atas meja susun-susun. Masa tu cuti sekolah so takada lah muridnya. Mak bagi belanja RM60.Dia kata budak kecik takleh pegang duit banyak-banyak takut hilang. sblm pergi tu dah 3/4 hari dia dok ulang benda yang sama. Terima kasih Mak !
Alamak... huhu syahdu la pulak !
Rindu pulak rasanya nak masuk balik sekolah rendah tu. Pergi sekolah naik bas awam, bergayut kat tangga walaupun masih darjah 5.
Sesungguhnya Zoo Negara atau Zoo Taiping lagi behhh !!!
Cerita destinasi pertama kita di Qatar ini berakhir di sini. Memang tak terduga haiwan-haiwan yang manja dan serasi dengan hutan belantara mampu hidup di negara yang cuacanya berubah-rubah mengikut musim ini. Jadi, sesiapa yang berpeluang ke Qatar ini, bolehlah pergi melawat ke Doha Zoo. Lokasinya tak jauh dari VILLAGIO.
Kehidupan di Qatar yang sedikit mencabar ini memerlukan banyak kesabaran dan juga ketaqwaan kita kepada maha pencipta. Sekiranya kita mampu menghadapi karenah manusia di Malaysia, nescaya ianya tidak sama di sini. Sistem 'masyarakat majmuk' juga di gunapakai disini tetapi agak berat sebelah memandangkan kebanjiran pekerja asing yang lebih ramai daripada rakyat Qatar sendiri. Apa-pun, marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah dan bukannya mencari keredhaan manusia semata-mata. Praktikanlah minda anda untuk mencari sesuatu yang 'benar dan nyata' daripada nabi kita Muhamad S.A.W untuk mendapat rahmat disisi Allah S.W.T.
Wallahuaq'lam...
salam... ada rezeki nanti aku p sana noh... planning nak menjelajah bumi anbiya'.
BalasPadam