MARHABA...TA'AL TA'AL...TAFADHAL...

Jumaat, 4 September 2009

September 4th 2009


Alhamdulillah....

Hari ni genap lah 10th rumahtangga yang kita bina. Walaupun berjauhan namun kasih sayang kita tetap utuh bersama. Bersamalah kita berdoa moga jalinan kasih ini mendapat keredhaan Allah swt dan kita bersama rukun damai beramal mencari keberkatan di alam yang fana in demi kebahagian hakiki....

20th mengenali hati budi, menempuhi susah senang bersama, derai tawa dan airmata banyak mendewasakan kita.... harapan ku, semua itu menjadi dorongan untuk kita lebih menyayangi dan memahami sesama kita. Kelebihanmu adalah kekuranganku, kelebihanku adalah kekuranganmu...salinglah kita lengkap melengkapi agar kesempurnaan tercipta didalamnya.

3 permata hati kita, melengkapkan suasana..dengan kerenah dan keletah mereka yang sememangnya memeningkan kepala dan memerlukan kesabaran yang jitu. Sokonganmu amat diperlukan dalam mendidik cinta hati kita menjadi insan berguna dunia dan akhirat kerna..sebelah tangan takkan mungkin bisa melakukan semuanya...

Rabu, 19 Ogos 2009

Makan Makan & Makan


Kesempatan pulang ketanah air walaupun beberapa hari tetap tak dilepaskan peluang menjamah makanan kegemaranku.... sampai je kat Aloq Staq teruih ajak family cari keow teaw kerang... ni dok kat gerai lain, order gerai lain tu yang makan dalam polistren tu.

Pepagi esok tu pi melawat umah pak sedara...kebetulan pulak dia koyak doyan..so apa lagi bedal sakan ler... tapi nasib baik minda masih menguasai nafsu..so makan ala kadar je la..(takut terkejut badan..demam plak). Tengahari tu..mak ajak p makan kenduri..hmmmmm...langkah kanan sungguh.. kena plak gulai rebung..pergh... naik berat badan..tu baru sehari..kalau le lagi lama, ntah ler...

Kalau di ikutkan banyak lagi yang dimakan..mak mertua masak mee rebus hari pertama sampai, hari kedua dia masak laksam plak...tp nasib le masa makan wifey tak sempat snap gambo..kalau tak penuh ler ditepek kat sini. Malam hari kedua tu balik kampung, bakaq ikan dengan pak sedara dan sepupu serta kaum kerabat yang lainnyer..tapi disebabkan semua syok makan ikan keli bakaq, gulai ikan temernung dan ulam langsung lupa nak snap gambaq...

Erm... itulahMalaysia mewah dengan pelbagai jenis makanan... kalau di Afrika manusia mati kerana tak makan, di Malaysia sebaliknyer... Oleh itu,walaupun makanan mewah tapi jangan membazir, cukup lah ala kadar aje... dok gitu???

Restless



Here I am, restless in my bed again.
Wondering if I ever cross your busy mind.
Wondering if the sight of your face will ever light up my eyes again.
I am afraid of losing you.
Afraid that I will never touch you again.
I miss the memories we made.
How we made love everyday.
How every word you tell me comforts even the deepest fears I have.
I love you.
And because I love you I will justify how devoted I am to you.
Regardless of what happened, I will never give up on you.
I will never quit on the promise my love made to you.
Your love for me I could never repay,
We were meant to be together.
We were meant to get married and have kids.
We were meant to live our lives with nothing but love to fall back on.
I love you.
And because I love you, here I am.
Restless in my bed again.
Wondering if I ever cross your busy mind.
Wondering how a perfect love can go wrong.
But I will never give up because I am in love.
I may falter, but I will never fail.
I am too persistent to fail on you.
You are my driving force, the reason I do my best.
But without you, I am lost. I cannot go on.
So I'm asking myself,
Why am I here restless in my bed again.
Wondering if I ever cross your busy mind.
And today I swear this vow.
I am not an angel but I am true.
I will always love you.

Selasa, 18 Ogos 2009

Risau


Ahlan...Ahlan.....
Salam kasih sayang kepada semua pembaca....
Perasaan risau menghantui pikiran dengan gejala Virus hONEnONE yang tak guna tu. Golongan Kapitalis yang kejam ini membuatkan kita mendapat virus dan dengan 'bangga'nya mereka akan membuat keuntungan demi keuntungan untuk berada diatas dan mengurangkan bilangan penduduk dunia. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya.
Teringatkan keluarga di Kampung yg berhadapan dengannya....Twinny katanya ok la bole pakai penutup mulut tapi si 'hero' tu mcm liat sikit...Umi macam biasa ler akan menjadi pendinding kepada semua.
Tapi dalam keadaan seluruh dunia dok gawat nih, setiap orang perlu menjaga kebersihan diri, cukup minum air yg bersih, kuatkan semangat (mental dan fizikal). So, bagi mereka yang gundah gulana tu, bertenang la...Insyallah semuanya akan kembali seperti biasa.
Marilah kita semua berdoa agar Allah menjauhkan kita daripada Virus ini supaya kita dapat menjalani ibadah di bulan Ramadhan dengan tenang dan bersemangat Insyalah.....
Ya Allah....ampunilah segala dosa kami yang telah, sedang dan akan kami lakukan dengan sedar atau tidak sedar. Hidayahkanlah kami dengan kekuatan kepada Mu Ya Alllah....Amin !

Ahad, 16 Ogos 2009


Assalamualaikum.....sementara dok rajin nih, jom aku nak update kegiatan harian kat Qatar nih yang penuh dengan dugaan. Buat masa sekarang ni, memang terasa la kalau kerja di bawah mentari yg panas membara dengan dihujani pulak dengan Humidity yg agak tinggi. Lemas ooitt....sesak napeh den....! Tapi dengan niat nak mencari rezeki yg halal, pepandai la lari berteduh.

Sesekali dok tgk sub-contractor buat kerja tu teringat lak aku dok buat kerja kontrak bangunan (tolak pasiag..angkut tanah..kutip stagging...) masa lepas SPM. Time tu bila dapat gaji RM12 sehari, alhamdulillah...macam dunia ni ana yg punya. Mana taknyer, kerja dan dpt gaji dengan titik peluh sendiri. Time tu sebab rumah 'marka' pun dekat tu so, panas matahari cam boleh tahan jer walaupun kulit pedih hehe....nostalgia beb !

Tak sampai seminggu lagi, Ramadhan bakal menjelma. Kupohon kepada Mu Ya Allah agar memudahkan pekerjaan ku didunia ini untuk mencapai cita-cita ku di akhirat kelak. Aku mohon kededhaanmu dengan penuh ketaqwaan....Amin

Sabtu, 15 Ogos 2009

Syukran Jazilan Ya Saddique....


Ahlannnnn......

Beginilah aktiviti bujang-bujangan di Al-Merqab 2. Kalau tak dapat jemputan makan daripada mana-mana keluarga yang pemurah tu, kemana lagi kalau tak ke Merweb(CBmailto:CBlepak2@saroja.dangdut).

Alhamdulillah, pada malam nih dapatlah jemputan makan yang istimewa. Menu: Kerapu sweet sour, kacang kelisa (botoi) goreng, sambal udang petai (slurrphhhh), kari kambing dan dibasahi pulak bibir dengan semangka dan tamar. Terima kasih daun keladi diucapkan kepada Tuan rumah yang budiman (Kamal bin Benu serta keluarga) yang bermurah hati menjemput kami ke majlis yg agak meriah dengan dihadiri oleh Hisham Aspire, K'lot, Ucin, Kencana dhob (Remboe), Man din dan Madi ayu.

Semoga Allah dapat membalas jasa baik Kamal serta keluarga dan dimurahkan rezeki.

Menjelang Ramadhan Al Mubaraq




Aassalamualaikum Ya akhi....Ya Ukhti.....Pejam celik pejam celik dah pun nak masuk Ramadhan Al Mubarak...Apa persiapa kita ? Jom kita kongsi bersama.... biasanya orang kita(Melayu-Malaysia) kalau sebut pasal Bulan Ramadhan nih sure terbayang nak beli baru raya, kueh raya, juadah berbuka, letihnya nak puasa nanti dan macam-macam lagi.....Sesekali teringat tu betoi gak tapi kalau banyak kali dok ingat jadi tencen gak kekadang... Ada pepatah:sediakan payung sebelum hujan.... Bagi aku la, kalau apa-apa benda pun yang bakal atau akan kita hadapi mesti ada persediaan...Insyaallah menjelang (syaaban) Ramadhan yang tak berapa hari lagi nih meh kita start mengaji Qur'an, solah sunah bebanyak, sedekah jariah, solah sunnah taubah, buat baik kat semua orang dan lain-lain lagi yang baik. Biasa kalau masuk bulan Ramadhan baru kita nak start semua nih dah jadi macam terkejut lak....hehhe aku kata kat aku sendiri la nih...at least boleh saling ingat-mengingati.....Rasanya tak rugi untuk kita buat semua tu sebab Ramadhan nanti menjanjikan sejuta macam "cara" utk mendapatkan pahala insyaallah....Semoga kita menjadi lebih bertaqwa dan mendapat rahmat dariNya serta berdoa utk sekelian alam agar mendapat hidayah di bulan yang mulia nanti...Amin......!Maasalamah....

Datang le lagi yer....kalau nak ke Qatar most welcome to ctc Mat Yuih @ +9745400642